Friday, August 29, 2014

Koleksi Gubahan Hantaran

Kalau anda nak tahu,
selepas tamat belajar di UniSZA Jun 2012, 
Julai 2012 saya bekerja di kedai Usrah Idaman, di kg Wakaf Beruas, K. Trg,
masa tu dia nak pakai pekerja sementara je untuk bulan puasa,
tapi dah rezeki, dapat la terus bekerja selepas raya,
hampir setahun jugak la bekerja kat situ...

Usrah Idaman ni kedai apa ye??..

kalau nak tahu,
kedai ni menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran, 
menjual alatan perkahwinan, alatan jahitan dan bunga hiasan..
kedai ni milik bumiputera sepenuhnya..

[ comel-comel kan pekerja Usrah ni ]


selepas 3 bulan belajar cara membuat gubahan dengan pekerja senior,
pekerja baru akan dibenarkan untuk mengambil tempahan gubahan daripada customer..

mula-mula dulu saya buat gubahan yang simple-simple je,
bila dah mahir sikit, baru buat yang mencabar sikit mengikut kehendak pelanggan la..

jom tengok antara koleksi gubahan yang pernah saya buat..

[ gold + putih ]

 [ purple + putih ]

[ pink + peach ]

[ pink + biru ]

[ pink + peach ]

[ pink + kuning ]

(pakar gubah jangan kutuk saya, nk bagi ilmu boleh, saya tak banyak pengalaman pun dalam bidang ni..)

ok tak gubahan yang saya buat?
boleh la daripada tak pandai langsung kan..

bila dah ada pengalaman ni,
boleh la tolong-tolong buat untuk saudara mara dan kawan-kawan pulak,
bulan lepas buat gubahan hantaran tunang yang adik ipar,
lupa la pulak nak snap gambar...

**hantaran kahwin saya dulu pun saya buat sendiri, tapi tak ambil gambar pun..huhuu
    jom ziarah fb usrah https://www.facebook.com/usrahidaman1?ref=ts&fref=ts untuk              maklumat lebih lanjut..


Kufi Nama Pengantin

Alhamdulillah,
baru-baru ni saya telah dijemput untuk menghadiri satu majlis kesyukuran perkahwinan 
seorang sahabat sekolah menengah dulu,
dah sampai pun jodoh beliau,
moga perkahwinan tersebut diberkati,
 dirahmati Allah, amin..

tapi disebabkan tak dapat join majlis beliau,
saya buat lah khat kufi,
sebagai hadiah..

last minute tak dapat join,
sungguh-sungguh la saya buat lakaran sambil diganggu si anak,
lepas tu buat yang sebenar menggunakan Paint aje,
saya ni tak pandai dan tak pernah try guna Photoshop..

dan inilah hasilnya,
tadaaa....

[ mintak-mintak betul la teknik ni,
kalau ada silap, sifu tolong perbetulkan...]

selepas tu letak gambar background, 
edit-edit,
bila dah puas hati,
ini pula hasilnya....


[ Hajar dan pasangannya Aidil ]

gambar ni saya hantar melalui private message FB je,
zaman dah canggih kan,
mudah-mudahan dia berkenan la dengan hadiah yang tak seberapa ni..



Wednesday, August 27, 2014

Semangat Cintakan Negara

wahh,
macam tajuk karangan masa sekolah dulu pulak..



ok lah,
ingat lagi tak tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara?
ingat tak pengorbanan pejuang tanah air kita?



orang kata 'tak kenal maka tak cinta' kan,
jadi, kita kena lah sentiasa ingat akan sejarah tanah air kita yang tercinta ni,
kena tahu betapa susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan negara dari dijajah,
agar, keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi ini tidak dirampas kembali..

jadinya,
semangat cintakan negara ni perlu lah disemai,
dengan pelbagai cara masing-masing lah..

kalau kita cinta, sayangkan negara kita,
kita akan menghormati undang-undang negara,
taat kepada pemimpin,
Rukun Negara dipatuhi,
dan
kita tak akan buat perkara-perkara negatif yang boleh mencemarkan nama negara,
yang menyebabkan hilang perpaduan dan keamanan antara kita,

**semua gambar diambil dari google


kalau diingatkan,
susahnya nak belajar sejarah masa form4 form5 dulu,
banyak sangat fakta-fakta yang kena ingat..

Malaysia Merdeka


Disini lahirnya sebuah cinta,
Yang murni abadi sejati,
Disini tersemai cita-cita,
Bercambah menjadi warisan...


wah,
semangat korang nyanyi lagu ni ye,
itulah antara bait-bait lagu warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad, 
yang mana satu baris daripada lagu tersebut telah diinspirasikan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57..

macam mana dengan persiapan menyambut hari kemerdekaan kali ini??
meriah tak?..
bendera dah pasang ke belum?..
^_^





Monday, August 25, 2014

Koleksi Khat Kufi Murabba'

Kalau diperhatikan, 
khat kufi murabba' ni semakin menarik perhatian,
dengan bentuknya yang berpetak-petak, berkotak-kotak,
macam puzzle je kan..
nampak ringkas dan menarik..
sekaligus dapat memartabatkan kembali tulisan jawi..

Pertama kali saya belajar khat ni adalah semasa kursus di Yayasan Restu, Selangor.
masa tu tahun 2008.

Design terbaru tak buat lagi,
so, saya kongsikan koleksi yang pernah saya buat sebelum ni..

Dimulakan dengan basmallah..


[ selamat hari guru ]


yang berikut ni pulak antara nama sahabat baik semasa belajar dahulu,
dihadiahkan sebagai tanda kenangan..
[ husna ]


[ huwaira ]

[ farahan ]

[ hanis ]

Semua design ni telah saya edit menggunakan PhotoFaceFun,
saiznya kecil jela..

Saturday, August 23, 2014

Hari Perkabungan Negara

takziah kepada semua waris penumpang MH17 dan MH370..

berkabung dalam Islam hanyalah bagi isteri yang kematian suami selama tempoh iddahnya iaitu 4 bulan 10 hari.

namun,
Hari Perkabungan Negara yang telah diadakan semalam iaitu 22.8.2014, 
adalah sebagai tanda penghormatan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17.

istiadat tersebut telah berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA.

ianya tidaklah bercanggah dengan Islam
kerana upacara istiadat tersebut tidak menyerupai amalan ritual agama tertentu.


***setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya,
      setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya,
      inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun..





Monday, August 18, 2014

Daftar Haji

Alhamdulillah..

Hari ini en. suami ambil cuti semata-mata nak buka akaun bank Tabung Haji (TH) Shifa.. 
Shifa tak pandai lagi nak urus duit raya, so kami masukkan dalam TH..
duit yang Shifa dapat masa orang ziarah masa baru lahir pun kami masukkan sekali..


 



alang-alang gi TH, kami nak daftar haji..
syarat minima kena ada duit simpanan RM1300.00..
ok, simpanan cukup, so daftar la..
masa gi daftar kat kaunter, orang tak ramai pn..




selesai daftar, terkejut jap..
mak aii, giliran kami tahun 2074..kalau sekarang ni saya berumur 25 tahun, umur 85 baru boleh gi ke Tanah Suci..masih sempatkah aku??..huhuu

tapi tak pe,
itu jangkaan mengikut giliran daftar aje..
bila duit dah cukup, boleh buat rayuan..

kami sudah, anda bila lagi,
jom pakat-pakat daftar..

walaupun kita tak pasti lagi bila dapat tunaikan haji, bila dah daftar haji ni, kita dah ada niat untuk betul-betul ke sana..
satu langkah kita dah mulakan..

mudah-mudahan,
Allah panjangkan umur untuk kita laksanakan Rukun Islam yang kelima ini,
amin..

note : bila dah cukup syarat minima duit simpanan shifa, kami akan daftar haji yang shifa pula.. in sha Allah.. *_*



My First Sewing Machine

Alhamdulillah..

setelah sekian lama teringin nak ada mesin jahit sendiri, tercapai juga akhirnya..
kalau sebelum ni nak jahit, guna mesin jahit mak je...
dulu duduk dengan mak, senang la,
sekarang bila dah duduk rumah sendiri (rumah sewa), susah la sikit..

asalnya, nak cari yang murah2 je,sebab nak guna untuk diri-sendiri je, lau ade rezeki, boleh buka tempahan ( not now la, sebab tak terer lagi.....)

tapi..
payah jugak nak cari kedai yang jual mesin jahit yang murah2 ni, brand yang biasa2..
nak beli online, suami plak tak bagi..

ada la singgah satu kedai tu, yang ade mahal la plak..
nak survey kat kedai lain, payah jugak, sebab Shifa ada sekali, 
kesian jugak kat suami yang menjadi driver.....

last2 beli kat Mydin,
tahun lepas tengok harga RM400++, kali ni tgk harga RM300++,
ok la tu, harga makin murah, brand ni pun boleh tahan kualitinya (in sha Allah)...

jom tengok brand apakah ia.......



ni la kotaknya..hehee


ni plak antara isi kandungannya..


ok,
 mesin jahit ni brand GLOBAL model GL-SM2010..
harga semasa beli di MydinMall K. Trg ialah RM362.00..

hope,
ia dapat memberi khidmat yang sewajarnya, 
dalam jangka hayat yang lama,
amiin..

note : syukran pada en. suami yang sudi hulurkan banyak sumbangan untuk membeli mesin jahit ini...^_^








Saturday, August 16, 2014

Bookmark Nama


Alhamdulillah...

baru-baru ni, seorang sahabat time blaja dulu (boleh dikatakan pelanggan tetap) 
suruh buat khat nama pada bookmark 
untuk cikgu-cikgu SK Danau Perdana, Kuala Lumpur..
sekolah tempat dimana dia menjalani latihan jQAF..
sebagai tanda kenangan katanya..

bookmark ni saya beli yang dah siap, bahagian belakang kosong,
boleh la tulis khat..


ni la hasilnya..
khat ni namanya khat thuluth..
lama dah tak praktis, agak tak berpuas hati dengan hasilnya..
sebab tu orang kata ' practise make perfect'..^_^




Thursday, August 14, 2014

Baju Raya 2014

Alhamdulillah...

baju raya tahun ni sempat dijahit sendiri...yang tahun lepas punya beli yang dah siap je...maklum la masa tu kerja, tengah pregnant plak tu...

sebenarnya, saya kerja kontrak, setahun je..mula kerja 15.7.2013 hingga 14.7.2014..
so, sempat la jahit baju sendiri.. yang simple-simple je..

jom tengok...


jubah ringkas je... buat kembang sket kat bawah.. ada zip kat tengah, mudah la nak susukan anak.. pastu buat cuff getah..


lebihan kain jubah tadi, saya buat gaun Shifa (nama anak saya Shifa Humairah)..
first time try ni, potong kain ikut suka je..
alhamdulillah, menjadi..

buat besar sket...boleh pakai lame..
pun simple je, takde hiasan pun, buat last minute...
masa ni usia Shifa 8 bulan...



kedua-dua baju ni buat ala-ala jubah dress..ada potongan sket kat pinggang..

ok, tu jelah cerita baju raya saya...

selamat hari raya...open house masih ada lagi kan... ^_^





Salam Pembuka Kata

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...berblog jugak akhirnya walaupun pada hakikatnya tak pandai pun berblogging ni...maklumlah, sy budak baru belajar, hehee..

Mudah-mudahan diberi kelapangan waktu untuk berkongsi apa saja ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada..

Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog yang serba kekurangan ini...
Andai ada yang sudi berkongsi pandangan atau nak komen,
sila-silakanlah...

Sekian, wassalam...