Tuesday, September 2, 2014

Kelebihan Membaca al-Mathurat

Kali ni saya nak berkongsi cerita pasal al-Mathurat..



Mula-mula kenal mathurat ni masa saya belajar di SMAASZA, Batu Buruk, K. Trg, 
masa tu form4, 
ia dijadikan antara susunan aktiviti wajib selepas solat maghrib (tak ingat dah hari apa) dan dibaca selepas solat asar berjemaah,
lepas tu baru saya perasan,
masa belajar di SMA Khairiah dulu,
dah biasa dengar bacaan al-mathurat ni,
sebab dijadikan bacaan doa pagi sebelum sesi pembelajaran bermula...

Rasanya, ramai yang tahu,
ataupun pernah dengar perkataan al-mathurat, kan??

Al-mathurat adalah himpunan ayat-ayat suci al-Quran,
zikir-zikir serta doa-doa yang selalu diamalkan oleh Rasulullah SAW..
Ia disusun oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna..


 
Imam Hassan al-Banna
[ sumber : Google ]

al-Mathurat ada dua jenis,
kubra (besar) dan sughra (kecil)..
Bacaan mathurat kubra lebih panjang dan lebih banyak berbanding dengan yang sughra..
selalunya,
kebanyakan orang hanya membaca yang sughra (saya la tu..)..

al-Mathurat dibaca pada waktu pagi (selepas solat Subuh) 
dan pada waktu petang (selepas solat Asar),
terpulanglah pada anda nak baca versi pendek ke panjang..

Kalau sibuk dan tak sempat nak baca,
boleh dipasang atau dengar MP3,
zaman dah canggih kan..
kalau dapat hafal lagi bagus,
boleh baca ikut sama, kan...

Banyak kelebihan dan pahala kalau kita baca al-mathurat ni..
antaranya,
dapat membina kekuatan dalaman dan memperteguhkan benteng luaran agar selamat dari segala jenis gangguan zahir dan batin.

Lagipun,
setiap ayat yang terkandung di dalam al-mathurat ni mempunyai kelebihannya tersendiri..

Kalau nak tahu lebih banyak apa kelebihan setiap ayat tersebut,
jom pakat beli al-mathurat, 
yang bersaiz kecil ade, besar ade..
kat dalam tu ada diselitkan kelebihan bacaan ayat tersebut...



No comments:

Post a Comment