Ini kisah masa nak lahirkan Shifa..
26.11.2013
Masa usia kandungan 36 minggu, pergi ke klinik desa untuk buat pemeriksaan seperti biasa. Nurse cakap baby songsang. Seminggu sebelum tu, nurse ade buat lawatan ke rumah, check kandungan normal. Tapi, tengok gaya dia check macam confius pun ada. Last-last dia kata, kedudukan baby memang normal. Legalah.
Nak dijadikan cerita, hari tu hari selasa, pergi check-up awal-awal, pukul lapan, kena tunggu giliran jugak. Pergi sendiri je naik motor. Mujur lah klinik tu dekat. Masa tu, suami masih bekerja di Setiu, sekarang kat K.Trg dah. (rezeki anak, dapat la pindah). Hari tu, suami cuti, nak pergi Kelantan, kenduri kawannya. Pergi bersama kawan-kawannya. Malam tu, entah kenapa, asyik pujuk suami, jangan pergi. Tapi suami nak pergi juga, sebab dah janji dengan kawan-kawan.
Di klinik, nurse check, baby songsang. Siap cerita lagi kesan-kesan baby songsang ni. Blurr kejap. Pastu nurse suruh pergi ke KKIA Air Jernih untuk scan. Balik rumah sekejap, minta ayah tolong hantarkan.
Sampai di kkia, tunggu masa untuk scan. Check-check, confirm songsang. Kene pergi ke hospital pulak. Kes kecemasan sebab 36 minggu dah usia kandungan. Katanya klu nak dapat surat MC, kena sampai sana sebelum pukul 4. Kalau ikutkan, due 15.12.2013.. 1.12 tu nak start cuti bersalin tanpa gaji.
Pukul 12 siap, terus balik rumah. Kemas-kemas baju dan barang-barang keperluan baby. Tak tenang duduk dah. Lepas tu, mandi, solat, makan sikit. Terus bersiap-siap untuk ke hospital.
Pukul 3 lebih sampai hospital. Pergi ke bahagian pendaftaran tingkat 1. Nurse check-up apa yang patut. Nurse pakaikan tag nama kat tangan. Pastu tunggu doktor panggil.
Giliran doktor check. Gaya macam doktor pelatih je. Siap tanye lagi ada rasa sakit tak. Sempat la merasa kena seluk. Huhuu.
Lepas tu nurse bawa masuk wad. Tukar baju warna pink. Besarnya baju, huhuu.
Suami pulak, kelam-kabut dah nak balik. Sampai Kelantan, jumpa pengantin baru tu kejap. Siap makan terus balik. Sambil-sambil tu, sempat lagi dia minta tolong kawan pejabat buatkan Guarantee Letter (GL). Pukul 6 lebih baru la suami sampai kat hospital.
Malam tu, nurse ada tanya, ada GL tak. Boleh transfer ke wad 2nd class, kalau dah ada katil kosong. Terus mintak suami datang, bagi GL tu kat bahagian pendaftaran. Minta suami datang kat wad kejap. Tak boleh lama-lama sebab bukan waktu melawat.
Malam tu, pukul berapa tak ingat dah, pergi scan. Doktor scan sepenuhnya. Doktor ada cakap, kalau anak songsang, dia boleh pusingkan. Tapi disebabkan air ketuban tersangat kurang, terpaksa buat pembedahan emergency. Walaupun kes emergency, tak tau lagi pukul berapa boleh buat operation. Sebab dah nak hujung tahun, bilik bedah akan ditutup pada hari khamis hingga sabtu. Jadi, dia akan habiskan kes menunggu dahulu. Nasib la, menunggu dalam debar.
Pukul 1 pagi, kena pindah ke katil bahagian pembedahan. Dapat la juga kongsi pengalaman dengan orang katil sebelah. Dia dah selesai operate. Nurse ada bagitahu, kena start berpuasa pukul 4 pagi. Nak sahur makan apa, memang dah tak ada selera dah pun. Sebelum sahur tu, minum air dengan roti je sekeping.
Pukul 6 pagi, nurse kejut suruh mandi. Sebelum tu, dia masukkan ubat kat punggung, nak kosongkan stok dalam perut. Tak sampai lima minit, perut terasa memulas. Apa lagi, cepat-cepatla ke toilet. Siap mandi, solat. Nurse ada bagi baju untuk pembedahan nanti. Kena standby pakai selalu. Terpaksalah pakai baju dua lapis yang besar.
Apa jadi selepas tu??..nanti saya akan sambung.. :-)
No comments:
Post a Comment