Monday, September 15, 2014

Makan Angin di Cameron Highland

Alhamdulillah,
Tahun ni kali ketiga bercuti ke cameron hinglands...

Tahun 2012 berstatus bujang, bersama-sama sahabat join program Persatuan Mahasiswa Usuluddin Unisza.
Tahun lepas berstatus isteri orang.
Baru-baru ini pulak berstatus ibu dan isteri, jalan-jalan bersama family suami.


gambar-gambar lain tak sempat dipilih lagi..
kisah percutian kami di sini akan saya kongsi di lain masa, in sha Allah..

Tuesday, September 9, 2014

Jom Zikir La Ilaha Illallah..

Saat kita dilahirkan, kalimah inilah yang mula-mula kita dengar...
di saat kematian, kalimah inilah yang sukar diucapkan,
andai kita lalai daripadaNya..

Dunia ini terlalu banyak godaannya,
kelalaiannya..
hati kita pun jadi kotor..

Jadi,kita mestilah sentiasa berzikir 
agar dapat menjauhkan diri kita dari bersikap lalai 
dan lupa kepada Allah swt..



Jom kita sentiasa perbaharui iman kita dengan berzikir " la ilaha illallah muhammadur rasulullah"



** Mudah-mudahan di akhir hayat kita, kita mampu mengucapkan kalimah "La Ilaha Illallah", amin...



Monday, September 8, 2014

Demonstrasi Khat

Dulu-dulu,
zaman belajar dulu,
pernah beberapa kali join buat demostrasi khat,
ada yang terpaksa jadi wakil,
ada yang dijemput untuk buat demo..



yang ni 1st time buat demo,
bersempena dengan sambutan Hari Guru Terengganu,
bagi mewakili booth kategori SMA Terengganu..
ada lagi wakil 2 orang, lelaki..

haa, kenal tak yang berbaju biru tu..
dia lah yang menjadi Menteri Besar Terengganu masa tu,
dan sekarang ni beliau telah menjadi Menteri Pendidikan II..

beliaulah
Y.B. Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh...



yang ni pula mewakili bahagian Kolej Restu,
semasa sambutan hari raya Yayasan Restu, Selangor..
masa ni buat demo huruf-huruf tunggal dan sambungan huruf sahaja..
berdebar nii sifu-sifu ada kat tepi..


haa..kenal tak ni..
yup, MB Terengganu, Dato' seri ahmad bin said..
tapi sekarang ni tak jadi MB dah..
diganti oleh YB Ahmad Razif bin Abd Rahman, yang menjadi exco Pelajaran Negeri Terengganu pada masa itu..

ok, masa ni di Ekspo Pendidikan Terengganu, di Pusat Dagangan Terengganu (TTC)..
setiap sekolah mengambil bahagian dalam bidang masing-masing..
masa ni saya belajar di u dah..
tapi terpaksa menyamar sebab cikgu sekolah mintak tolong jadi wakil semasa perasmian ekspo.. 



 
[ buat-buat khusyuk menulis, hihii ]

tahun berikutnya kena menyamar jugak,
tempat ekspo sama jer, 
 dirasmikan oleh YB Razif, exco Pelajaran Negeri Terengganu..


ni yang last..
dijemput oleh ko-khat unisza,
masa ni sem5 kalau tak silap..

seminggu sebelum program ko-khat ni, 
ada join pertandingan khat, tak ingat dah sape anjur, 
alhamdulillah, menang....
sebab tu kot ko-khat pilih untuk buat demo..
kalau jemput penulis khat dari luar, mesti la mahal kan..


Saturday, September 6, 2014

Malas Lah!

Malasnya nak study!
Bila nak start buat homework ni, malasnya!
Malasnya nak pergi kerja!
Malasnya nak buat kerja itu ini!

Biasa tak rasa macam ni??


Jom kita amalkan doa ini..

[ yang ni khat nasakh...saya tulis kalau tak silap masa tu tahun 2012, semasa belajar sem5 di unisza ]



malasnya nak makan..
malasnya nak tidur..
eh-eh, ada gak ke gitu...
*_^

Tuesday, September 2, 2014

Kelebihan Membaca al-Mathurat

Kali ni saya nak berkongsi cerita pasal al-Mathurat..



Mula-mula kenal mathurat ni masa saya belajar di SMAASZA, Batu Buruk, K. Trg, 
masa tu form4, 
ia dijadikan antara susunan aktiviti wajib selepas solat maghrib (tak ingat dah hari apa) dan dibaca selepas solat asar berjemaah,
lepas tu baru saya perasan,
masa belajar di SMA Khairiah dulu,
dah biasa dengar bacaan al-mathurat ni,
sebab dijadikan bacaan doa pagi sebelum sesi pembelajaran bermula...

Rasanya, ramai yang tahu,
ataupun pernah dengar perkataan al-mathurat, kan??

Al-mathurat adalah himpunan ayat-ayat suci al-Quran,
zikir-zikir serta doa-doa yang selalu diamalkan oleh Rasulullah SAW..
Ia disusun oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna..


 
Imam Hassan al-Banna
[ sumber : Google ]

al-Mathurat ada dua jenis,
kubra (besar) dan sughra (kecil)..
Bacaan mathurat kubra lebih panjang dan lebih banyak berbanding dengan yang sughra..
selalunya,
kebanyakan orang hanya membaca yang sughra (saya la tu..)..

al-Mathurat dibaca pada waktu pagi (selepas solat Subuh) 
dan pada waktu petang (selepas solat Asar),
terpulanglah pada anda nak baca versi pendek ke panjang..

Kalau sibuk dan tak sempat nak baca,
boleh dipasang atau dengar MP3,
zaman dah canggih kan..
kalau dapat hafal lagi bagus,
boleh baca ikut sama, kan...

Banyak kelebihan dan pahala kalau kita baca al-mathurat ni..
antaranya,
dapat membina kekuatan dalaman dan memperteguhkan benteng luaran agar selamat dari segala jenis gangguan zahir dan batin.

Lagipun,
setiap ayat yang terkandung di dalam al-mathurat ni mempunyai kelebihannya tersendiri..

Kalau nak tahu lebih banyak apa kelebihan setiap ayat tersebut,
jom pakat beli al-mathurat, 
yang bersaiz kecil ade, besar ade..
kat dalam tu ada diselitkan kelebihan bacaan ayat tersebut...



Monday, September 1, 2014

Kenapa Saya Guna Baby Walker??

Sebelum beli walker untuk Shifa, 
saya ada terbaca banyak keburukan daripada kebaikannya,
tapi decided nak beli jugak atas sebab tertentu,
beli pun yang murah je sebab bukan pakai lama pun..


[ muka mengantuk...puas diagah baru senyum ]

Mula-mula beli walker masa tu usia Shifa 6 bulan lebih.
dah pandai duduk tegak, dah makan makanan pejal,
suka membebel, meniarap pun sudah,
asyik-asyik bergolek-golek, berpusing-pusing, sampai lebih 360 darjah pusingannya..

Jadi itulah antara faktor yang menyebabkan saya membeli walker..

Haa..ade lagi faktor lain,
antaranya senang saya nak buat kerja,
sambil buat kerja, saya pantau ke mana dia bergerak (MESTI! sebab takut terjadi apa-apa),
mula-mula dia guna walker, tak laju pun pergerakannya,
bergerak ke kiri dan kanan je..

Tapi bila dah lama,
makin laju la ke depannya,
lebih-lebih lagi bila dipanggil namanya
atau bila nampak umminya buat kerja, mula la dia nak menyibuk..

Masa bulan puasa baru-baru ni,
abi dia ikat walker di grill pintu, 
tali tak panjang pun, setakat nak elak sampai kat kami makan je..
sebab dia kacau kami nak berbuka,
maklum la kami makan bersila..
selesai makan kami angkat la dia letak kat bawah..

Shifa duduk dalam walker tak lama pun (jangan letak lama-lama tau),
sekejap-sekejap je,dalam 5-30 minit gitu je..
dalam sehari ade lah 2-3 kali..
masa dia banyak meneroka di atas lantai..

Alhamdulillah,
setakat ni Shifa tak pernah jatuh lagi dari walkernya,
barang dan hiasan dalam rumah pun tak banyak,
jadi tak de la risau sangat,
kang ditariknya alas meja ke,
langgar pasu ke..


 
[ gambar terbaru Shifa 9 bulan, dah berdiri, tak nak duduk dah..
kalau letak kat bawah dia akan panjat tubuh orang sebab nak berdiri,
pastu lepas tangan sebelah, penat nak pegang dia, huhuu ]