Showing posts with label Jahitan. Show all posts
Showing posts with label Jahitan. Show all posts

Friday, August 29, 2014

Koleksi Gubahan Hantaran

Kalau anda nak tahu,
selepas tamat belajar di UniSZA Jun 2012, 
Julai 2012 saya bekerja di kedai Usrah Idaman, di kg Wakaf Beruas, K. Trg,
masa tu dia nak pakai pekerja sementara je untuk bulan puasa,
tapi dah rezeki, dapat la terus bekerja selepas raya,
hampir setahun jugak la bekerja kat situ...

Usrah Idaman ni kedai apa ye??..

kalau nak tahu,
kedai ni menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran, 
menjual alatan perkahwinan, alatan jahitan dan bunga hiasan..
kedai ni milik bumiputera sepenuhnya..

[ comel-comel kan pekerja Usrah ni ]


selepas 3 bulan belajar cara membuat gubahan dengan pekerja senior,
pekerja baru akan dibenarkan untuk mengambil tempahan gubahan daripada customer..

mula-mula dulu saya buat gubahan yang simple-simple je,
bila dah mahir sikit, baru buat yang mencabar sikit mengikut kehendak pelanggan la..

jom tengok antara koleksi gubahan yang pernah saya buat..

[ gold + putih ]

 [ purple + putih ]

[ pink + peach ]

[ pink + biru ]

[ pink + peach ]

[ pink + kuning ]

(pakar gubah jangan kutuk saya, nk bagi ilmu boleh, saya tak banyak pengalaman pun dalam bidang ni..)

ok tak gubahan yang saya buat?
boleh la daripada tak pandai langsung kan..

bila dah ada pengalaman ni,
boleh la tolong-tolong buat untuk saudara mara dan kawan-kawan pulak,
bulan lepas buat gubahan hantaran tunang yang adik ipar,
lupa la pulak nak snap gambar...

**hantaran kahwin saya dulu pun saya buat sendiri, tapi tak ambil gambar pun..huhuu
    jom ziarah fb usrah https://www.facebook.com/usrahidaman1?ref=ts&fref=ts untuk              maklumat lebih lanjut..


Monday, August 18, 2014

My First Sewing Machine

Alhamdulillah..

setelah sekian lama teringin nak ada mesin jahit sendiri, tercapai juga akhirnya..
kalau sebelum ni nak jahit, guna mesin jahit mak je...
dulu duduk dengan mak, senang la,
sekarang bila dah duduk rumah sendiri (rumah sewa), susah la sikit..

asalnya, nak cari yang murah2 je,sebab nak guna untuk diri-sendiri je, lau ade rezeki, boleh buka tempahan ( not now la, sebab tak terer lagi.....)

tapi..
payah jugak nak cari kedai yang jual mesin jahit yang murah2 ni, brand yang biasa2..
nak beli online, suami plak tak bagi..

ada la singgah satu kedai tu, yang ade mahal la plak..
nak survey kat kedai lain, payah jugak, sebab Shifa ada sekali, 
kesian jugak kat suami yang menjadi driver.....

last2 beli kat Mydin,
tahun lepas tengok harga RM400++, kali ni tgk harga RM300++,
ok la tu, harga makin murah, brand ni pun boleh tahan kualitinya (in sha Allah)...

jom tengok brand apakah ia.......



ni la kotaknya..hehee


ni plak antara isi kandungannya..


ok,
 mesin jahit ni brand GLOBAL model GL-SM2010..
harga semasa beli di MydinMall K. Trg ialah RM362.00..

hope,
ia dapat memberi khidmat yang sewajarnya, 
dalam jangka hayat yang lama,
amiin..

note : syukran pada en. suami yang sudi hulurkan banyak sumbangan untuk membeli mesin jahit ini...^_^








Thursday, August 14, 2014

Baju Raya 2014

Alhamdulillah...

baju raya tahun ni sempat dijahit sendiri...yang tahun lepas punya beli yang dah siap je...maklum la masa tu kerja, tengah pregnant plak tu...

sebenarnya, saya kerja kontrak, setahun je..mula kerja 15.7.2013 hingga 14.7.2014..
so, sempat la jahit baju sendiri.. yang simple-simple je..

jom tengok...


jubah ringkas je... buat kembang sket kat bawah.. ada zip kat tengah, mudah la nak susukan anak.. pastu buat cuff getah..


lebihan kain jubah tadi, saya buat gaun Shifa (nama anak saya Shifa Humairah)..
first time try ni, potong kain ikut suka je..
alhamdulillah, menjadi..

buat besar sket...boleh pakai lame..
pun simple je, takde hiasan pun, buat last minute...
masa ni usia Shifa 8 bulan...



kedua-dua baju ni buat ala-ala jubah dress..ada potongan sket kat pinggang..

ok, tu jelah cerita baju raya saya...

selamat hari raya...open house masih ada lagi kan... ^_^