Saturday, September 6, 2014

Malas Lah!

Malasnya nak study!
Bila nak start buat homework ni, malasnya!
Malasnya nak pergi kerja!
Malasnya nak buat kerja itu ini!

Biasa tak rasa macam ni??


Jom kita amalkan doa ini..

[ yang ni khat nasakh...saya tulis kalau tak silap masa tu tahun 2012, semasa belajar sem5 di unisza ]



malasnya nak makan..
malasnya nak tidur..
eh-eh, ada gak ke gitu...
*_^

Tuesday, September 2, 2014

Kelebihan Membaca al-Mathurat

Kali ni saya nak berkongsi cerita pasal al-Mathurat..



Mula-mula kenal mathurat ni masa saya belajar di SMAASZA, Batu Buruk, K. Trg, 
masa tu form4, 
ia dijadikan antara susunan aktiviti wajib selepas solat maghrib (tak ingat dah hari apa) dan dibaca selepas solat asar berjemaah,
lepas tu baru saya perasan,
masa belajar di SMA Khairiah dulu,
dah biasa dengar bacaan al-mathurat ni,
sebab dijadikan bacaan doa pagi sebelum sesi pembelajaran bermula...

Rasanya, ramai yang tahu,
ataupun pernah dengar perkataan al-mathurat, kan??

Al-mathurat adalah himpunan ayat-ayat suci al-Quran,
zikir-zikir serta doa-doa yang selalu diamalkan oleh Rasulullah SAW..
Ia disusun oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna..


 
Imam Hassan al-Banna
[ sumber : Google ]

al-Mathurat ada dua jenis,
kubra (besar) dan sughra (kecil)..
Bacaan mathurat kubra lebih panjang dan lebih banyak berbanding dengan yang sughra..
selalunya,
kebanyakan orang hanya membaca yang sughra (saya la tu..)..

al-Mathurat dibaca pada waktu pagi (selepas solat Subuh) 
dan pada waktu petang (selepas solat Asar),
terpulanglah pada anda nak baca versi pendek ke panjang..

Kalau sibuk dan tak sempat nak baca,
boleh dipasang atau dengar MP3,
zaman dah canggih kan..
kalau dapat hafal lagi bagus,
boleh baca ikut sama, kan...

Banyak kelebihan dan pahala kalau kita baca al-mathurat ni..
antaranya,
dapat membina kekuatan dalaman dan memperteguhkan benteng luaran agar selamat dari segala jenis gangguan zahir dan batin.

Lagipun,
setiap ayat yang terkandung di dalam al-mathurat ni mempunyai kelebihannya tersendiri..

Kalau nak tahu lebih banyak apa kelebihan setiap ayat tersebut,
jom pakat beli al-mathurat, 
yang bersaiz kecil ade, besar ade..
kat dalam tu ada diselitkan kelebihan bacaan ayat tersebut...



Monday, September 1, 2014

Kenapa Saya Guna Baby Walker??

Sebelum beli walker untuk Shifa, 
saya ada terbaca banyak keburukan daripada kebaikannya,
tapi decided nak beli jugak atas sebab tertentu,
beli pun yang murah je sebab bukan pakai lama pun..


[ muka mengantuk...puas diagah baru senyum ]

Mula-mula beli walker masa tu usia Shifa 6 bulan lebih.
dah pandai duduk tegak, dah makan makanan pejal,
suka membebel, meniarap pun sudah,
asyik-asyik bergolek-golek, berpusing-pusing, sampai lebih 360 darjah pusingannya..

Jadi itulah antara faktor yang menyebabkan saya membeli walker..

Haa..ade lagi faktor lain,
antaranya senang saya nak buat kerja,
sambil buat kerja, saya pantau ke mana dia bergerak (MESTI! sebab takut terjadi apa-apa),
mula-mula dia guna walker, tak laju pun pergerakannya,
bergerak ke kiri dan kanan je..

Tapi bila dah lama,
makin laju la ke depannya,
lebih-lebih lagi bila dipanggil namanya
atau bila nampak umminya buat kerja, mula la dia nak menyibuk..

Masa bulan puasa baru-baru ni,
abi dia ikat walker di grill pintu, 
tali tak panjang pun, setakat nak elak sampai kat kami makan je..
sebab dia kacau kami nak berbuka,
maklum la kami makan bersila..
selesai makan kami angkat la dia letak kat bawah..

Shifa duduk dalam walker tak lama pun (jangan letak lama-lama tau),
sekejap-sekejap je,dalam 5-30 minit gitu je..
dalam sehari ade lah 2-3 kali..
masa dia banyak meneroka di atas lantai..

Alhamdulillah,
setakat ni Shifa tak pernah jatuh lagi dari walkernya,
barang dan hiasan dalam rumah pun tak banyak,
jadi tak de la risau sangat,
kang ditariknya alas meja ke,
langgar pasu ke..


 
[ gambar terbaru Shifa 9 bulan, dah berdiri, tak nak duduk dah..
kalau letak kat bawah dia akan panjat tubuh orang sebab nak berdiri,
pastu lepas tangan sebelah, penat nak pegang dia, huhuu ]

Friday, August 29, 2014

Koleksi Gubahan Hantaran

Kalau anda nak tahu,
selepas tamat belajar di UniSZA Jun 2012, 
Julai 2012 saya bekerja di kedai Usrah Idaman, di kg Wakaf Beruas, K. Trg,
masa tu dia nak pakai pekerja sementara je untuk bulan puasa,
tapi dah rezeki, dapat la terus bekerja selepas raya,
hampir setahun jugak la bekerja kat situ...

Usrah Idaman ni kedai apa ye??..

kalau nak tahu,
kedai ni menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran, 
menjual alatan perkahwinan, alatan jahitan dan bunga hiasan..
kedai ni milik bumiputera sepenuhnya..

[ comel-comel kan pekerja Usrah ni ]


selepas 3 bulan belajar cara membuat gubahan dengan pekerja senior,
pekerja baru akan dibenarkan untuk mengambil tempahan gubahan daripada customer..

mula-mula dulu saya buat gubahan yang simple-simple je,
bila dah mahir sikit, baru buat yang mencabar sikit mengikut kehendak pelanggan la..

jom tengok antara koleksi gubahan yang pernah saya buat..

[ gold + putih ]

 [ purple + putih ]

[ pink + peach ]

[ pink + biru ]

[ pink + peach ]

[ pink + kuning ]

(pakar gubah jangan kutuk saya, nk bagi ilmu boleh, saya tak banyak pengalaman pun dalam bidang ni..)

ok tak gubahan yang saya buat?
boleh la daripada tak pandai langsung kan..

bila dah ada pengalaman ni,
boleh la tolong-tolong buat untuk saudara mara dan kawan-kawan pulak,
bulan lepas buat gubahan hantaran tunang yang adik ipar,
lupa la pulak nak snap gambar...

**hantaran kahwin saya dulu pun saya buat sendiri, tapi tak ambil gambar pun..huhuu
    jom ziarah fb usrah https://www.facebook.com/usrahidaman1?ref=ts&fref=ts untuk              maklumat lebih lanjut..


Kufi Nama Pengantin

Alhamdulillah,
baru-baru ni saya telah dijemput untuk menghadiri satu majlis kesyukuran perkahwinan 
seorang sahabat sekolah menengah dulu,
dah sampai pun jodoh beliau,
moga perkahwinan tersebut diberkati,
 dirahmati Allah, amin..

tapi disebabkan tak dapat join majlis beliau,
saya buat lah khat kufi,
sebagai hadiah..

last minute tak dapat join,
sungguh-sungguh la saya buat lakaran sambil diganggu si anak,
lepas tu buat yang sebenar menggunakan Paint aje,
saya ni tak pandai dan tak pernah try guna Photoshop..

dan inilah hasilnya,
tadaaa....

[ mintak-mintak betul la teknik ni,
kalau ada silap, sifu tolong perbetulkan...]

selepas tu letak gambar background, 
edit-edit,
bila dah puas hati,
ini pula hasilnya....


[ Hajar dan pasangannya Aidil ]

gambar ni saya hantar melalui private message FB je,
zaman dah canggih kan,
mudah-mudahan dia berkenan la dengan hadiah yang tak seberapa ni..



Wednesday, August 27, 2014

Semangat Cintakan Negara

wahh,
macam tajuk karangan masa sekolah dulu pulak..



ok lah,
ingat lagi tak tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara?
ingat tak pengorbanan pejuang tanah air kita?



orang kata 'tak kenal maka tak cinta' kan,
jadi, kita kena lah sentiasa ingat akan sejarah tanah air kita yang tercinta ni,
kena tahu betapa susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan negara dari dijajah,
agar, keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi ini tidak dirampas kembali..

jadinya,
semangat cintakan negara ni perlu lah disemai,
dengan pelbagai cara masing-masing lah..

kalau kita cinta, sayangkan negara kita,
kita akan menghormati undang-undang negara,
taat kepada pemimpin,
Rukun Negara dipatuhi,
dan
kita tak akan buat perkara-perkara negatif yang boleh mencemarkan nama negara,
yang menyebabkan hilang perpaduan dan keamanan antara kita,

**semua gambar diambil dari google


kalau diingatkan,
susahnya nak belajar sejarah masa form4 form5 dulu,
banyak sangat fakta-fakta yang kena ingat..