Alhamdulillah, semalam dah selesai menghadiri temuduga bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Terengganu (SPNT) di Tingkat 7, Wisma Negeri.
Kalau ikutkan, semalam pun ada ujian Micro Teaching, bagi jawatan Guru Interim di Yayasan Terengganu, tapi saya tak pergi, sebab tak buat preparation langsung, huhuu
Ermm, ramai juga yang hadir masa temudaga tu. Adela lebih kurang 40 orang (agak-agak je).
Masa sampai tu, kena la ambik nombor giliran dulu. Saya sampai awal dapat la nombor 3. Duduk sekejap tunggu orang berkenaan panggil untuk kemaskini salinan sijil dan sijil asal.
Temuduga bermula jam 8.30 pagi. Sambil-sambil tunggu giliran, bersembang la dahulu dengan orang yang dikenali. Alhamdulillah, ada 3 orang kawan SMAASZA yang hadir.
Pukul 9.10 kalau tak silap, sampaila giliran saya. Masa ketuk pintu, tak ingat nak baca doa dulu. Masa duduk baru la baca doa sikit, huhuu.
Kat dalam bilik tu, ada dua orang penemuduga. Sorang tegas, sorang lagi baik.
Nak dipendekkan cerita, saya bagi la senarai apa yang ditanya. Ni setakat yang saya ingat la..
- maklumat keluarga
- nama PM, Menteri yang duduk di Kemaman, ADUN kawasan tempat tinggal
- berapa daerah Terengganu, daerah paling luas
- sebut Rukun Negara
- pernah join PLKN, BTN ke
- tugas jawatan yang dipohon
- andai disuruh beri ceramah, boleh ke x? siap suruh bagi cadangan tajuk
- pengalaman kerja
- kelebihan pada diri ( saya siap wat demo khat lagi, hehee)
Lebih kurang 15 minit, selesai la temuduga tu. Masa temuduga tu, tak la berdebar sangat, sebab anggap macam sembang-sembang biasa je. Lagipun, ada penemuduga sorang tu yang suka back-up.
Alhamdulillah, soalan yang ditanya, dijawab sebaik mungkin. Mudah-mudahan penemuduga puas hati. Andai saya layak dengan jawatan ini, dapat la. Kalau tak dapat, maknanya, tak layak, dan kena cuba lagi la..dan tak de rezeki lagi la tuuu, hehee