Alamak! check-up kandungan 14w pada minggu lepas, HB rendah la pulak, 10.6g/dl. Mula la nurse tu pot pet pot pet bagi nasihat, huhuu. HB rendah punya pasal, lagi 2 minggu kena pergi check-up lagi.
APA ITU ANEMIA (HB RENDAH)?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin (HB). Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
· Sakit kepala dan pening
· Jantung berdegup dengan cepat
· Loya
· Badan cepat letih dan lesu
· Semput / Sesak Nafas
RISIKO HB RENDAH:
Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?
Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.
1. Kandungan kurang dari 5 bulan ( < 20 minggu) : Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis seperti pembentukan kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat iaitu kurang dari 11g/dl, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat di bentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat seperti tiada kaki dan tangan tidak sempurna. Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan ke atas (28 – 40 minggu) : Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (hb). Jika hb terlalu rendah/ cair iaitu kurang dari 9g/dl, jantung tidak kuat da nada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika hjantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat di lahirkan
TIPS BAGI MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN
Tips 1 :
# Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Daging merah tanpa lemak
- Sayur-sayuran berdaun hijau
- Hati Ayam
- Kerang
- Ikan bilis tanpa kepala
- Kismis
- Prun
- Kekacang
Tips 2 :
# Makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu badan menyerap zat besi dalam pemakanan, seperti buah oren
Tips 3 :
# Makan pil/vitamin tambah darah (yg doktor selalu bagi tu) mengikut apa yang telah ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sebab Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..
Tips 4 :
# Jgn makan pil tambah darah dengan minuman berkafein (eg. teh, kopi etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kita makan tapi rupanya tak diserap dengan baik, Hb pun tak naik, huhuu)
No comments:
Post a Comment