Alhamdulillah, saya dah pun bergelar ibu. Tahniah juga kepada semua yang sudah bergelar ibu. Kepada yang sedang sabar menunggu saat bergelar ibu, jangan bersedih. Allah beri apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ibu adalah wanita yang paling baik dan paling tinggi kedudukannya. Sebabnya, sebagai ibu, kita memikul pelbagai kesulitan dan keletihan.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahqaf, ayat 15, antara maksudnya :
"dan Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah juga. masa mengandungnya sehingga menceraikannya dari susuan selama 30 bulan"
Betapa mulianya seorang wanita, sehingga Allah meletakkan syurga di bawah telapak kaki ibu. Begitu mulianya seorang wanita, sehingga Allah menyematkan wanita solehah sebagai perhiasan dunia yang terindah. Begitu mulianya seorang wanita, sehingga Rasulullah SAW mengatakan seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
Di tangan seorang ibulah generasi dilahirkan, dipersiapkan, dididik dan diperhatikan. Dialah madrasah pertama dan utama yang melahirkan calon-calon generasi hebat. Tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncangkan dunia. Syabas!
No comments:
Post a Comment