Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Bahaya HB Rendah Ketika Mengandung

Alamak! check-up kandungan 14w pada minggu lepas, HB rendah la pulak, 10.6g/dl. Mula la nurse tu pot pet pot pet bagi nasihat, huhuu. HB rendah punya pasal, lagi 2 minggu kena pergi check-up lagi.


APA ITU ANEMIA (HB RENDAH)?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin (HB). Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.



TANDA-TANDA HB RENDAH
· Sakit kepala dan pening
· Jantung berdegup dengan cepat
· Loya
· Badan cepat letih dan lesu
· Semput / Sesak Nafas



RISIKO HB RENDAH:

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth




KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bulan ( < 20 minggu) : Pada masa ini bayi sedang  melalui proses organogenesis seperti pembentukan kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat iaitu kurang dari 11g/dl, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat di bentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat seperti tiada kaki dan tangan tidak sempurna. Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.


2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.


3. Kandungan 7 bulan ke atas (28 – 40 minggu) : Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (hb). Jika hb terlalu rendah/ cair iaitu kurang dari 9g/dl, jantung tidak kuat da nada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika hjantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat di lahirkan


TIPS BAGI MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN



Tips 1 :
Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
        - Daging merah tanpa lemak
        - Sayur-sayuran berdaun hijau
        - Hati Ayam
        - Kerang
        - Ikan bilis tanpa kepala
        - Kismis
        - Prun
        - Kekacang

Tips 2 :
# Makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu badan menyerap zat besi dalam pemakanan, seperti buah oren

Tips 3 :
# Makan pil/vitamin tambah darah (yg doktor selalu bagi tu) mengikut apa yang telah ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sebab Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
# Jgn makan pil tambah darah dengan minuman berkafein (eg. teh, kopi etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kita makan tapi rupanya tak diserap dengan baik, Hb pun tak naik, huhuu)

Sunday, September 28, 2014

Mengimbau Detik Bersalin Ceaser (Part 2)

sambungan kisah sebelum ini..boleh baca di SINI.

27.11.2013
Hari kedua di hospital, menunggu dalam debar. Nurse selalu pantau suhu. Berapa kali pergerakan baby. Asal nurse atau doc datang check, mesti saya akan tanya, bila nak kena operate. Jawapan yang diberi, tak pasti, huhuu...

Pelajar praktikal pula, mula la ambik kesempatan. Macam la kita ni bahan eksperimen.

Pukul 4 lebih, baru la nurse masukkan air dalam badan. Katanya kesian pulak, 12 jam dah puasa, waktu kena bedah tak pasti lagi..orang lain puasa 6 jam je..

Tiba waktu melawat, mak mertua dan adik ipar ada datang. Lepas tu, mak dan suami pulak. 

Pukul 6.30 nurse datang bagitau sampai masa dah. Ingatkan dah habis waktu melawat. Rupa-rupanya sampai masa dah nak kena bedah. Semua terpinga-pinga.. Nurse suruh pergi ke bilik rawatan. Mak dan suami kemas-kemas barang dulu.

Di bilik rawatan, pakai baju bedah elok-elok. Pastu nurse ada bagi sejenis cecair untuk diminum. Pakai skaf tutup kepala. Dipakaikan urine bag. Sakit jugak masa masukkan tiub tu kat bawah. Memang tak selesa. Rasa macam nak terkencing je. Padahal dah otomatik masuk dalam bag tu.

Siap di bilik rawatan, nurse tolak katil ke dewan bedah. Lalu di wad, nurse pesan kat suami ikut sekali dengan bawak barang baby. Naik lif ke tingkat 2. Tunggu sekejap di luar dewan bedah. Seram sejuk rasa. Bila dewan dah ready, nurse suruh salam dengan suami. Suami kena tunggu kat luar.

Dalam pukul 7 lebih sikit, nurse tolak masuk dalam dewan bedah. Pasrah je. Nurse mula siapkan pasang alat-alat, wayar-wayar. Pastu doktor suruh duduk sambil peluk bantal sebab nak cucuk bius kat belakang. Bius separuh je. Pastu baring balik. Kaki mula rasa kebas. Nurse pasang tabir kat muka. Jadi, tak nampak la doctor tengah buat apa. Dapat rasa je macam ada orang lukis something kat perut, hahaa. Sambil-sambil tu, layan la perasaan.

Dalam 10-15 minit lepas tu, pukul 7.27pm, dengar la baby nangis. Nurse bersihkan baby. Doktor buat apa entah kat perut. Nurse suruh cam jantina baby..yup, baby girl..nurse pun terus letak baby kat dada dan menyusu kejap. Nurse cakap baby boleh duduk dengan ibu sebab tak ada masalah. Tapi, tak lama lepas tu, baby kena tahan wad sebab pernafasan laju. Nurse bagi cium-cium baby dulu. Sebelum tu, nurse bagi kat suami untuk diiqamat.

Lepas siap semua, nurse tolak ke bilik pengawasan. Selepas 30 minit baru dihantar balik ke wad. Alhamdulillah, ada katil kosong di wad 2nd class. Suami dan mak tak balik lagi. Tengah standby kat luar wad 2nd class tu.

Sampai di wad, nurse pesan jangan banyak bergerak dan bercakap, nanti muntah. Adoila, kena puasa 6 jam lagi (maknanya hampir 22 jam saya berpuasa, huhuu). Lepas tu baru nurse akan bagi air milo dan air suam, huhuu..pukul 9 lebih, suami dan mak balik.

Sambil-sambil berehat, nurse ada datang pantau. Siap tanya-tanya lagi. Saya pun jawab la. Alamak, uwekkk..termuntahlah..


28.11.2013
Bila hari dah cerah, diberi breakfast makan roti bermarjerin dan teh. 

Dalam pukul 10, baru la nurse cabut urine bag. Lepas tu, dia suruh bangun dan bergerak perlahan-lahan. Kalau rasa nak pitam, kena bagitau. Alhamdulillah, ok je. Pergi mandi, segarkan badan. Slow-slow je berjalan. 

Waktu tengahari, suami dan mak ada datang. Pergi ke wad kanak-kanak kejap tengok baby. Lenanya dia tidur. Nak pegang, tak berani lagi. Tengok jela. 


suami curi-curi ambil gambar semasa melawat baby

Pukul 3 lebih, pernafasan baby dah okey. Boleh duduk dengan ibu dah. Tak berani pun nak angkat, huhuu. Mujur dia tak menangis. Mulut je bergerak-gerak. Lapar la tu. Mak datang petang tu baru la bagi baby menyusu.

Haa..pasal tempat kena bedah tu, doc tampal dengan plaster selepas di'laser'. Keesokannya (29.11.2013), doc buang plaster tu, pastu dia spray kalis air..Kalau luka czer tu dah okey, boleh balik la. Bukan best pun lama-lama dalam wad, kan...alhamdulillah, selepas asar, boleh balik..

semasa shifa berusia 9 bulan lebih..

Walaupun tak merasa sakit sebelum bersalin, merasalah sakit selepas operate. Mudah-mudahan, untuk anak kedua nanti dapat la bersalin normal , amiin..





Thursday, September 25, 2014

Mengimbau Detik Bersalin Ceaser (Part 1)

Ini kisah masa nak lahirkan Shifa..


26.11.2013
Masa usia kandungan 36 minggu, pergi ke klinik desa untuk buat pemeriksaan seperti biasa. Nurse cakap baby songsang. Seminggu sebelum tu, nurse ade buat lawatan ke rumah, check kandungan normal. Tapi, tengok gaya dia check macam confius pun ada. Last-last dia kata, kedudukan baby memang normal. Legalah.

Nak dijadikan cerita, hari tu hari selasa, pergi check-up awal-awal, pukul lapan, kena tunggu giliran jugak. Pergi sendiri je naik motor. Mujur lah klinik tu dekat. Masa tu, suami masih bekerja di Setiu, sekarang kat K.Trg dah. (rezeki anak, dapat la pindah). Hari tu, suami cuti, nak pergi Kelantan, kenduri kawannya. Pergi bersama kawan-kawannya. Malam tu, entah kenapa, asyik pujuk suami, jangan pergi. Tapi suami nak pergi juga, sebab dah janji dengan kawan-kawan. 

Di klinik, nurse check, baby songsang. Siap cerita lagi kesan-kesan baby songsang ni. Blurr kejap. Pastu nurse suruh pergi ke KKIA Air Jernih untuk scan. Balik rumah sekejap, minta ayah tolong hantarkan.

Sampai di kkia, tunggu masa untuk scan. Check-check, confirm songsang. Kene pergi ke hospital pulak. Kes kecemasan sebab 36 minggu dah usia kandungan. Katanya klu nak dapat surat MC, kena sampai sana sebelum pukul 4. Kalau ikutkan, due 15.12.2013.. 1.12 tu nak start cuti bersalin tanpa gaji. 

Pukul 12 siap, terus balik rumah. Kemas-kemas baju dan barang-barang keperluan baby. Tak tenang duduk dah. Lepas tu, mandi, solat, makan sikit. Terus bersiap-siap untuk ke hospital.

Pukul 3 lebih sampai hospital. Pergi ke bahagian pendaftaran tingkat 1. Nurse check-up apa yang patut. Nurse pakaikan tag nama kat tangan. Pastu tunggu doktor panggil.

Giliran doktor check. Gaya macam doktor pelatih je. Siap tanye lagi ada rasa sakit tak. Sempat la merasa kena seluk. Huhuu.

Lepas tu nurse bawa masuk wad. Tukar baju warna pink. Besarnya baju, huhuu.

Suami pulak, kelam-kabut dah nak balik. Sampai Kelantan, jumpa pengantin baru tu kejap. Siap makan terus balik. Sambil-sambil tu, sempat lagi dia minta tolong kawan pejabat buatkan Guarantee Letter (GL). Pukul 6 lebih baru la suami sampai kat hospital.

Malam tu, nurse ada tanya, ada GL tak. Boleh transfer ke wad 2nd class, kalau dah ada katil kosong. Terus mintak suami datang, bagi GL tu kat bahagian pendaftaran. Minta suami datang kat wad kejap. Tak boleh lama-lama sebab bukan waktu melawat. 

Malam tu, pukul berapa tak ingat dah, pergi scan. Doktor scan sepenuhnya. Doktor ada cakap, kalau anak songsang, dia boleh pusingkan. Tapi disebabkan air ketuban tersangat kurang, terpaksa buat pembedahan emergency. Walaupun kes emergency, tak tau lagi pukul berapa boleh buat operation. Sebab dah nak hujung tahun, bilik bedah akan ditutup pada hari khamis hingga sabtu. Jadi, dia akan habiskan kes menunggu dahulu. Nasib la, menunggu dalam debar.

Pukul 1 pagi, kena pindah ke katil bahagian pembedahan. Dapat la juga kongsi pengalaman dengan orang katil sebelah. Dia dah selesai operate. Nurse ada bagitahu, kena start berpuasa pukul 4 pagi. Nak sahur makan apa, memang dah tak ada selera dah pun. Sebelum sahur tu, minum air dengan roti je sekeping.

Pukul 6 pagi, nurse kejut suruh mandi. Sebelum tu, dia masukkan ubat kat punggung, nak kosongkan stok dalam perut. Tak sampai lima minit, perut terasa memulas. Apa lagi, cepat-cepatla ke toilet. Siap mandi, solat. Nurse ada bagi baju untuk pembedahan nanti. Kena standby pakai selalu. Terpaksalah pakai baju dua lapis yang besar.

Apa jadi selepas tu??..nanti saya akan sambung.. :-)