Saturday, November 22, 2014

Ringan di Lidah, Berat di Timbangan

Kali ini saya nak kongsikan 2 kalimah yang sangat mudah untuk disebut, 
tetapi Subhanallah, amat besar ganjaran pahalanya, malah disukai Allah SWT.


( Google Image)
- Alhamdulillah, dah ada wallpaper ni, tak perlu taip-taip lagi dah-
- terima kasih pada yang buat wallpaper ni, amat bermanfaat-


Oleh itu, janganlah kita membiarkan masa berlalu tanpa kita mengamalkannya. Sambil-sambil berehat, memasak, mendodoikan anak atau di mana-mana saat pun, basahkanlah lidah kita dengan zikrullah.



Tuesday, November 18, 2014

Bahaya HB Rendah Ketika Mengandung

Alamak! check-up kandungan 14w pada minggu lepas, HB rendah la pulak, 10.6g/dl. Mula la nurse tu pot pet pot pet bagi nasihat, huhuu. HB rendah punya pasal, lagi 2 minggu kena pergi check-up lagi.


APA ITU ANEMIA (HB RENDAH)?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin (HB). Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.



TANDA-TANDA HB RENDAH
· Sakit kepala dan pening
· Jantung berdegup dengan cepat
· Loya
· Badan cepat letih dan lesu
· Semput / Sesak Nafas



RISIKO HB RENDAH:

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth




KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bulan ( < 20 minggu) : Pada masa ini bayi sedang  melalui proses organogenesis seperti pembentukan kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat iaitu kurang dari 11g/dl, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat di bentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat seperti tiada kaki dan tangan tidak sempurna. Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.


2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.


3. Kandungan 7 bulan ke atas (28 – 40 minggu) : Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (hb). Jika hb terlalu rendah/ cair iaitu kurang dari 9g/dl, jantung tidak kuat da nada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika hjantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat di lahirkan


TIPS BAGI MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN



Tips 1 :
Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
        - Daging merah tanpa lemak
        - Sayur-sayuran berdaun hijau
        - Hati Ayam
        - Kerang
        - Ikan bilis tanpa kepala
        - Kismis
        - Prun
        - Kekacang

Tips 2 :
# Makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu badan menyerap zat besi dalam pemakanan, seperti buah oren

Tips 3 :
# Makan pil/vitamin tambah darah (yg doktor selalu bagi tu) mengikut apa yang telah ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sebab Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
# Jgn makan pil tambah darah dengan minuman berkafein (eg. teh, kopi etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kita makan tapi rupanya tak diserap dengan baik, Hb pun tak naik, huhuu)

Monday, November 17, 2014

Mulianya Wanita Kerana Hamil

Alhamdulillah, saya dah pun bergelar ibu. Tahniah juga kepada semua yang sudah bergelar ibu. Kepada yang sedang sabar menunggu saat bergelar ibu, jangan bersedih. Allah beri apa yang terbaik untuk hambaNya.

Ibu adalah wanita yang paling baik dan paling tinggi kedudukannya. Sebabnya, sebagai ibu, kita memikul pelbagai kesulitan dan keletihan.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahqaf, ayat 15, antara maksudnya :
"dan Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah juga. masa mengandungnya sehingga menceraikannya dari susuan selama 30 bulan"

Betapa mulianya seorang wanita, sehingga Allah meletakkan syurga di bawah telapak kaki ibu. Begitu mulianya seorang wanita, sehingga Allah menyematkan wanita solehah sebagai perhiasan dunia yang terindah. Begitu mulianya seorang wanita, sehingga Rasulullah SAW mengatakan seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Di tangan seorang ibulah generasi dilahirkan, dipersiapkan, dididik dan diperhatikan. Dialah madrasah pertama dan utama yang melahirkan calon-calon generasi hebat. Tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncangkan dunia. Syabas!


Monday, November 3, 2014

Temuduga SPNT

Alhamdulillah, semalam dah selesai menghadiri temuduga bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Terengganu (SPNT) di Tingkat 7, Wisma Negeri.

Kalau ikutkan, semalam pun ada ujian Micro Teaching, bagi jawatan Guru Interim di Yayasan Terengganu, tapi saya tak pergi, sebab tak buat preparation langsung, huhuu

Ermm, ramai juga yang hadir masa temudaga tu. Adela lebih kurang 40 orang (agak-agak je). 

Masa sampai tu, kena la ambik nombor giliran dulu. Saya sampai awal dapat la nombor 3. Duduk sekejap tunggu orang berkenaan panggil untuk kemaskini salinan sijil dan sijil asal.

Temuduga bermula jam 8.30 pagi. Sambil-sambil tunggu giliran, bersembang la dahulu dengan orang yang dikenali. Alhamdulillah, ada 3 orang kawan SMAASZA yang hadir. 

Pukul 9.10 kalau tak silap, sampaila giliran saya. Masa ketuk pintu, tak ingat nak baca doa dulu. Masa duduk baru la baca doa sikit, huhuu.

Kat dalam bilik tu, ada dua orang penemuduga. Sorang tegas, sorang lagi baik.

Nak dipendekkan cerita, saya bagi la senarai apa yang ditanya. Ni setakat yang saya ingat la..
     - maklumat keluarga
     - nama PM, Menteri yang duduk di Kemaman, ADUN kawasan tempat                tinggal
     - berapa daerah Terengganu, daerah paling luas
     - sebut Rukun Negara
     - pernah join PLKN, BTN ke
     - tugas jawatan yang dipohon
     - andai disuruh beri ceramah, boleh ke x? siap suruh bagi cadangan tajuk
     - pengalaman kerja
     - kelebihan pada diri ( saya siap wat demo khat lagi, hehee)

Lebih kurang 15 minit, selesai la temuduga tu. Masa temuduga tu, tak la berdebar sangat, sebab anggap macam sembang-sembang biasa je. Lagipun, ada penemuduga sorang tu yang suka back-up.

Alhamdulillah, soalan yang ditanya, dijawab sebaik mungkin. Mudah-mudahan penemuduga puas hati. Andai saya layak dengan jawatan ini, dapat la. Kalau tak dapat, maknanya, tak layak, dan kena cuba lagi la..dan tak de rezeki lagi la tuuu, hehee
   




Lama Tak Update Blog

Wah,
hampir sebulan tak update blog ni..

Bukan ape, 
takde mood nak pandang skrin laptop ni lama-lama,
maklumlah tengah pregnant sekarang ni..

Alhamdulillah,
kandungan dah masuk 12 minggu,
 hujung bulan nanti Shifa genap lah setahun,
kejap je besar, hehee

Haa,
shifa kecik lagi, awak pregnant lagi? tak bahaya ke? 
kan bersalin operate ari tu?

Ramai yang terkejut, ramai yang risau rupanya..

In Sha Allah, semuanya selamat, 
usaha jaga pemakanan dan kandungan dengan baik,
doa banyak-banyak kan..
buat sembahyang hajat sokmo..

Lagipun,
daripada pengalaman blogger yang senasib,
ramai je yang dapat bersalin normal selepas operate..






Monday, October 6, 2014

Salam Aidiladha 2014

Lama tak update blog,
maklum la sekarang ni takde mood nak ngadap laptop lama-lama,
tambahan pula musim raya kan...

jadi, di hari raya ke-3 ini, 
sempat lagi la saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,
 Selamat Hari Raya Korban dan Selamat Hari Raya Haji buat semua,
kullu am wa antum bikheir,
amiin..

Buat tetamu Allah,
selamat menunaikan ibadah haji dan semoga mendapat haji yang mabrur, amiin...

jom layan gambar-gambar berikut,
ambil dari google jer...

macam cute je lembu ni..

jom kita hayati erti pengorbanan...

kita pula macam mana?

haha...semangat untuk dikorbankan...

nasib la tak kena tahun ni..

bila la akan sampai ke sini..

Sekian...

Sunday, September 28, 2014

Mengimbau Detik Bersalin Ceaser (Part 2)

sambungan kisah sebelum ini..boleh baca di SINI.

27.11.2013
Hari kedua di hospital, menunggu dalam debar. Nurse selalu pantau suhu. Berapa kali pergerakan baby. Asal nurse atau doc datang check, mesti saya akan tanya, bila nak kena operate. Jawapan yang diberi, tak pasti, huhuu...

Pelajar praktikal pula, mula la ambik kesempatan. Macam la kita ni bahan eksperimen.

Pukul 4 lebih, baru la nurse masukkan air dalam badan. Katanya kesian pulak, 12 jam dah puasa, waktu kena bedah tak pasti lagi..orang lain puasa 6 jam je..

Tiba waktu melawat, mak mertua dan adik ipar ada datang. Lepas tu, mak dan suami pulak. 

Pukul 6.30 nurse datang bagitau sampai masa dah. Ingatkan dah habis waktu melawat. Rupa-rupanya sampai masa dah nak kena bedah. Semua terpinga-pinga.. Nurse suruh pergi ke bilik rawatan. Mak dan suami kemas-kemas barang dulu.

Di bilik rawatan, pakai baju bedah elok-elok. Pastu nurse ada bagi sejenis cecair untuk diminum. Pakai skaf tutup kepala. Dipakaikan urine bag. Sakit jugak masa masukkan tiub tu kat bawah. Memang tak selesa. Rasa macam nak terkencing je. Padahal dah otomatik masuk dalam bag tu.

Siap di bilik rawatan, nurse tolak katil ke dewan bedah. Lalu di wad, nurse pesan kat suami ikut sekali dengan bawak barang baby. Naik lif ke tingkat 2. Tunggu sekejap di luar dewan bedah. Seram sejuk rasa. Bila dewan dah ready, nurse suruh salam dengan suami. Suami kena tunggu kat luar.

Dalam pukul 7 lebih sikit, nurse tolak masuk dalam dewan bedah. Pasrah je. Nurse mula siapkan pasang alat-alat, wayar-wayar. Pastu doktor suruh duduk sambil peluk bantal sebab nak cucuk bius kat belakang. Bius separuh je. Pastu baring balik. Kaki mula rasa kebas. Nurse pasang tabir kat muka. Jadi, tak nampak la doctor tengah buat apa. Dapat rasa je macam ada orang lukis something kat perut, hahaa. Sambil-sambil tu, layan la perasaan.

Dalam 10-15 minit lepas tu, pukul 7.27pm, dengar la baby nangis. Nurse bersihkan baby. Doktor buat apa entah kat perut. Nurse suruh cam jantina baby..yup, baby girl..nurse pun terus letak baby kat dada dan menyusu kejap. Nurse cakap baby boleh duduk dengan ibu sebab tak ada masalah. Tapi, tak lama lepas tu, baby kena tahan wad sebab pernafasan laju. Nurse bagi cium-cium baby dulu. Sebelum tu, nurse bagi kat suami untuk diiqamat.

Lepas siap semua, nurse tolak ke bilik pengawasan. Selepas 30 minit baru dihantar balik ke wad. Alhamdulillah, ada katil kosong di wad 2nd class. Suami dan mak tak balik lagi. Tengah standby kat luar wad 2nd class tu.

Sampai di wad, nurse pesan jangan banyak bergerak dan bercakap, nanti muntah. Adoila, kena puasa 6 jam lagi (maknanya hampir 22 jam saya berpuasa, huhuu). Lepas tu baru nurse akan bagi air milo dan air suam, huhuu..pukul 9 lebih, suami dan mak balik.

Sambil-sambil berehat, nurse ada datang pantau. Siap tanya-tanya lagi. Saya pun jawab la. Alamak, uwekkk..termuntahlah..


28.11.2013
Bila hari dah cerah, diberi breakfast makan roti bermarjerin dan teh. 

Dalam pukul 10, baru la nurse cabut urine bag. Lepas tu, dia suruh bangun dan bergerak perlahan-lahan. Kalau rasa nak pitam, kena bagitau. Alhamdulillah, ok je. Pergi mandi, segarkan badan. Slow-slow je berjalan. 

Waktu tengahari, suami dan mak ada datang. Pergi ke wad kanak-kanak kejap tengok baby. Lenanya dia tidur. Nak pegang, tak berani lagi. Tengok jela. 


suami curi-curi ambil gambar semasa melawat baby

Pukul 3 lebih, pernafasan baby dah okey. Boleh duduk dengan ibu dah. Tak berani pun nak angkat, huhuu. Mujur dia tak menangis. Mulut je bergerak-gerak. Lapar la tu. Mak datang petang tu baru la bagi baby menyusu.

Haa..pasal tempat kena bedah tu, doc tampal dengan plaster selepas di'laser'. Keesokannya (29.11.2013), doc buang plaster tu, pastu dia spray kalis air..Kalau luka czer tu dah okey, boleh balik la. Bukan best pun lama-lama dalam wad, kan...alhamdulillah, selepas asar, boleh balik..

semasa shifa berusia 9 bulan lebih..

Walaupun tak merasa sakit sebelum bersalin, merasalah sakit selepas operate. Mudah-mudahan, untuk anak kedua nanti dapat la bersalin normal , amiin..





Thursday, September 25, 2014

Mengimbau Detik Bersalin Ceaser (Part 1)

Ini kisah masa nak lahirkan Shifa..


26.11.2013
Masa usia kandungan 36 minggu, pergi ke klinik desa untuk buat pemeriksaan seperti biasa. Nurse cakap baby songsang. Seminggu sebelum tu, nurse ade buat lawatan ke rumah, check kandungan normal. Tapi, tengok gaya dia check macam confius pun ada. Last-last dia kata, kedudukan baby memang normal. Legalah.

Nak dijadikan cerita, hari tu hari selasa, pergi check-up awal-awal, pukul lapan, kena tunggu giliran jugak. Pergi sendiri je naik motor. Mujur lah klinik tu dekat. Masa tu, suami masih bekerja di Setiu, sekarang kat K.Trg dah. (rezeki anak, dapat la pindah). Hari tu, suami cuti, nak pergi Kelantan, kenduri kawannya. Pergi bersama kawan-kawannya. Malam tu, entah kenapa, asyik pujuk suami, jangan pergi. Tapi suami nak pergi juga, sebab dah janji dengan kawan-kawan. 

Di klinik, nurse check, baby songsang. Siap cerita lagi kesan-kesan baby songsang ni. Blurr kejap. Pastu nurse suruh pergi ke KKIA Air Jernih untuk scan. Balik rumah sekejap, minta ayah tolong hantarkan.

Sampai di kkia, tunggu masa untuk scan. Check-check, confirm songsang. Kene pergi ke hospital pulak. Kes kecemasan sebab 36 minggu dah usia kandungan. Katanya klu nak dapat surat MC, kena sampai sana sebelum pukul 4. Kalau ikutkan, due 15.12.2013.. 1.12 tu nak start cuti bersalin tanpa gaji. 

Pukul 12 siap, terus balik rumah. Kemas-kemas baju dan barang-barang keperluan baby. Tak tenang duduk dah. Lepas tu, mandi, solat, makan sikit. Terus bersiap-siap untuk ke hospital.

Pukul 3 lebih sampai hospital. Pergi ke bahagian pendaftaran tingkat 1. Nurse check-up apa yang patut. Nurse pakaikan tag nama kat tangan. Pastu tunggu doktor panggil.

Giliran doktor check. Gaya macam doktor pelatih je. Siap tanye lagi ada rasa sakit tak. Sempat la merasa kena seluk. Huhuu.

Lepas tu nurse bawa masuk wad. Tukar baju warna pink. Besarnya baju, huhuu.

Suami pulak, kelam-kabut dah nak balik. Sampai Kelantan, jumpa pengantin baru tu kejap. Siap makan terus balik. Sambil-sambil tu, sempat lagi dia minta tolong kawan pejabat buatkan Guarantee Letter (GL). Pukul 6 lebih baru la suami sampai kat hospital.

Malam tu, nurse ada tanya, ada GL tak. Boleh transfer ke wad 2nd class, kalau dah ada katil kosong. Terus mintak suami datang, bagi GL tu kat bahagian pendaftaran. Minta suami datang kat wad kejap. Tak boleh lama-lama sebab bukan waktu melawat. 

Malam tu, pukul berapa tak ingat dah, pergi scan. Doktor scan sepenuhnya. Doktor ada cakap, kalau anak songsang, dia boleh pusingkan. Tapi disebabkan air ketuban tersangat kurang, terpaksa buat pembedahan emergency. Walaupun kes emergency, tak tau lagi pukul berapa boleh buat operation. Sebab dah nak hujung tahun, bilik bedah akan ditutup pada hari khamis hingga sabtu. Jadi, dia akan habiskan kes menunggu dahulu. Nasib la, menunggu dalam debar.

Pukul 1 pagi, kena pindah ke katil bahagian pembedahan. Dapat la juga kongsi pengalaman dengan orang katil sebelah. Dia dah selesai operate. Nurse ada bagitahu, kena start berpuasa pukul 4 pagi. Nak sahur makan apa, memang dah tak ada selera dah pun. Sebelum sahur tu, minum air dengan roti je sekeping.

Pukul 6 pagi, nurse kejut suruh mandi. Sebelum tu, dia masukkan ubat kat punggung, nak kosongkan stok dalam perut. Tak sampai lima minit, perut terasa memulas. Apa lagi, cepat-cepatla ke toilet. Siap mandi, solat. Nurse ada bagi baju untuk pembedahan nanti. Kena standby pakai selalu. Terpaksalah pakai baju dua lapis yang besar.

Apa jadi selepas tu??..nanti saya akan sambung.. :-)



Saturday, September 20, 2014

Percutian Ke Cameron Highlands

Pada hari khamis yang lepas (11.09.2014), kami sekeluarga telah bercuti ke Cameron Hinglands (CH) bersama family sebelah suami. Plan last minit oleh suami. Alang-alang kakak ipar nak balik KL, ajak lah ramai-ramai pergi CH. Semalaman je duduk sana.

Kami mula bertolak jam 9.40 pagi. Ramai-ramai macam-macam la ragamnya. Dengan ada budak kecik lagi. Kami bertolak dari kampung suami, kampung Sungai Tong. Lalu ikut jalan ke Tasik Kenyir, keluar melalui Gua Musang. Singgah sekejap di hentian Tapah jam 11.40. 

di Hentian Tapah

Kami bertolak semula jam 12.15 pm. jam 2.15 sampai di kawasan CH. Jam 3 barulah kami sampai di Tanah Rata. Terus check-in di Prima Apartment, Tanah Rata. Kami pilih yang ada 2 bilik air, 3 bilik tidur. Sebenarnya, suami dah booking awal-awal melalui talian telefon sahaja. Harga asal RM200.00, tapi dapat kurang RM20.00. Kena bayar RM180.00 jela..Alhamdulillah.

Di apartment ni semua ada. Dah macam kat rumah sendiri dah. Ada dapur, peralatan memasak, peti, set meja makan, sofa, tv..memang puashati lah.


Sampai di apartment makan dahulu bekal yang dibawa ( mak mertua yang masak). Save bajet. Mandi (grrrr...sejukk). Rehat-rehat. Lepas tu jam 5 lebih keluar jalan-jalan. 

Destinasi pertama, kami ke ladang teh. Beli teh yang kotak kecil je sebagai cenderahati nanti.


inilah keluarga sebelah suami..
mak, ayah, kakak ipar, adik-adik, anak buah..

Lepas tu kami ke pasar kea farm. Sekejap je singgah sebab hujan lebat la pulak. Hari pun dah gelap. Kami pun pulang jela. Jalan-jalan dalam hujan tak best la.

Lebihan lauk bekal yang dibawa dijadikan makan malam kami. Save bajet lagi.

 Malam tu, Shifa meragam la pulak. Badan terasa sedikit panas. Perubahan cuaca barangkali..Letak PanaCool, ok sikit.

Keesokannya, breakfast makan bihun goreng yang mak masak, jagung rebus dan teh cameron. Save bajet lagi... Lamanya nak tunggu semua siap. Plan asal tak jadi pergi KL. Last minute baru la decided ke KL menginap di rumah kakak ipar. Alamak! takde baju spare la, huhuu..

Pukul 10.40, check-out. Destinasi pertama, pergi ke ladang strawberi.




tengok-tengok je..tak petik pun..

Lepas tu, kami ke taman rama-rama pula. Bayaran masuk RM5.00 bagi dewasa, RM2.00 bagi kanak-kanak berusia 3-11 tahun.. Shifa masuk free je, sebab baby lagi kan.. 

rama-rama cantik berterbangan..

excited shifa tengok haiwan yang ada..

bestnya tengok ikan-ikan ni berenang..

lepaskan lelah kejap..


shifa suka bunga ehh..

eh-eh, siapa tinggalkan shifa kat sini ni..

pokok kaktus pun ada..

Selesai..

Shifa pun dah lapar. Bagi dia makan roti dulu kat dalam kereta. Sementara yang lain-lain pulak pergi tengok anak pokok kaktus dan anak bunga.

Masa pun dah terhad, kami terus ke pasar kea farm. Sempat la jugak saya cari sehelai baju untuk dipakai esok hari. 

Itu je la kisah kami di CH..di KL, kami sekadar duduk di rumah kakak ipar..tak sempat pun nak ronda-ronda..












Monday, September 15, 2014

Hari Malaysia

16 september 1963,
itulah tarikh dimana negara Malaysia ditubuhkan,
negara yang menyatukan negeri-negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura.

kalau dulu,
hari Malaysia bukanlah cuti am,
tapi sejak tahun 2010 ia diisytiharkan sebagai cuti am bagi semua negeri di Malaysia...


jadi,
selamat menyambut hari Malaysia yang ke-51 kepada semua warga negara Malaysia
dan selamat bercuti....

Makan Angin di Cameron Highland

Alhamdulillah,
Tahun ni kali ketiga bercuti ke cameron hinglands...

Tahun 2012 berstatus bujang, bersama-sama sahabat join program Persatuan Mahasiswa Usuluddin Unisza.
Tahun lepas berstatus isteri orang.
Baru-baru ini pulak berstatus ibu dan isteri, jalan-jalan bersama family suami.


gambar-gambar lain tak sempat dipilih lagi..
kisah percutian kami di sini akan saya kongsi di lain masa, in sha Allah..

Tuesday, September 9, 2014

Jom Zikir La Ilaha Illallah..

Saat kita dilahirkan, kalimah inilah yang mula-mula kita dengar...
di saat kematian, kalimah inilah yang sukar diucapkan,
andai kita lalai daripadaNya..

Dunia ini terlalu banyak godaannya,
kelalaiannya..
hati kita pun jadi kotor..

Jadi,kita mestilah sentiasa berzikir 
agar dapat menjauhkan diri kita dari bersikap lalai 
dan lupa kepada Allah swt..



Jom kita sentiasa perbaharui iman kita dengan berzikir " la ilaha illallah muhammadur rasulullah"



** Mudah-mudahan di akhir hayat kita, kita mampu mengucapkan kalimah "La Ilaha Illallah", amin...



Monday, September 8, 2014

Demonstrasi Khat

Dulu-dulu,
zaman belajar dulu,
pernah beberapa kali join buat demostrasi khat,
ada yang terpaksa jadi wakil,
ada yang dijemput untuk buat demo..



yang ni 1st time buat demo,
bersempena dengan sambutan Hari Guru Terengganu,
bagi mewakili booth kategori SMA Terengganu..
ada lagi wakil 2 orang, lelaki..

haa, kenal tak yang berbaju biru tu..
dia lah yang menjadi Menteri Besar Terengganu masa tu,
dan sekarang ni beliau telah menjadi Menteri Pendidikan II..

beliaulah
Y.B. Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh...



yang ni pula mewakili bahagian Kolej Restu,
semasa sambutan hari raya Yayasan Restu, Selangor..
masa ni buat demo huruf-huruf tunggal dan sambungan huruf sahaja..
berdebar nii sifu-sifu ada kat tepi..


haa..kenal tak ni..
yup, MB Terengganu, Dato' seri ahmad bin said..
tapi sekarang ni tak jadi MB dah..
diganti oleh YB Ahmad Razif bin Abd Rahman, yang menjadi exco Pelajaran Negeri Terengganu pada masa itu..

ok, masa ni di Ekspo Pendidikan Terengganu, di Pusat Dagangan Terengganu (TTC)..
setiap sekolah mengambil bahagian dalam bidang masing-masing..
masa ni saya belajar di u dah..
tapi terpaksa menyamar sebab cikgu sekolah mintak tolong jadi wakil semasa perasmian ekspo.. 



 
[ buat-buat khusyuk menulis, hihii ]

tahun berikutnya kena menyamar jugak,
tempat ekspo sama jer, 
 dirasmikan oleh YB Razif, exco Pelajaran Negeri Terengganu..


ni yang last..
dijemput oleh ko-khat unisza,
masa ni sem5 kalau tak silap..

seminggu sebelum program ko-khat ni, 
ada join pertandingan khat, tak ingat dah sape anjur, 
alhamdulillah, menang....
sebab tu kot ko-khat pilih untuk buat demo..
kalau jemput penulis khat dari luar, mesti la mahal kan..